lamanya senyap...

>> Thursday, May 14, 2009

salam tahun 2009..
lama sungguh aku x update blog yang dah sgt2 bersawang ni.. macam2 yang berlaku selepas kali terakhir post aku bulan aug tahun lepas.. dari bulan puasa dgn projek amik order kuih2 rayanya, bulan raya dengan emak sakit, urusan keluarga & open house kat umah, kemudian dengan kabar gembira yang hanya sementara dapat kami nikmati bahagianya kemudian kehilangan 'sesuatu' yang amat kami harapkan.. aku misscarriege masa baby dah nak masuk 6 minggu.. dengan segala proses pemulihan selepas itu, tekanan yang aku rasakan cukup menduga keimanan aku dan mcm2 yang berlaku.. kemudian aku amik anak saudara yg dah drjh 1 as anak angkat, bz dgn urusan sekolah dia sehinggalah after 3 months mak aku jaga dia smula.. MIL yang disahkan rosak buah pinggang dan perlu wat hemodylisis 3 kali seminggu lepas ni.. memang sungguh terlalu byk yg berlaku dalam hidup kamu suami isteri.. yang indah, yang terduga semua tu menguatkan lagi ikatan kami bila kami dapat mengharunginya bersama.. ok, rasanya x perlulah aku rungkai satu persatu semua cerita tu.. biar aku teruskan hidup hari ini dan bahagia menghadapi hari2 mendatang dan kuat menghadapi segala dugaan mendatang juga.. aku yakin pasti ada rahmat atas segala ujian dan dugaan dariNya.. ok till my next post..