berbeza selera..
>> Saturday, May 30, 2009
harini hari pertama cuti sekolah.. bagi pelajar2 mestilah seronok kan, nak2 cuti ni biasanya betul2 lepas habis mid-year exam, dah berhempas pulas ngan exam masa ni la nak rehat sekit.. zaman aku sekolah2 dulu, cuti pertengahan tahun ni sampai 3 minggu, tapi dek kerana sekarang ni byk sgt dah cuti (raya aidilfitri seminggu, cny seminggu n kdg2 cuti2 bersempena yg lain2 pun dekat seminggu, sbb kalau cuti tu selasa rabu isnin jadi cuti sempena, kalau cuti tu kamis jumaat jadi cuti jugak mmg best) so cuti pertengahan tahun skrg ni jadi 2 minggu jer.. ehh byk gak tu.. bagi yg dok kat asrama masa ni nak lepaskan rindu balik umah jumpa keluarga n yg best tu nak makan mskn emak.. yerlah dah 12 tahun dok umah hari2 makan mskn bonda, even sesedap mana mskn kat asrama tu mesti teringat ingat mskn emak.. kdg tu even mak msk biasa2 jer pun, tapi masih sedap jugak org lain msk mcm x kene kat tekak..
asam pedascakap psl masakan bonda ni, teringat kat peristiwa masa bulan2 awal aku kahwin.. aku ni orang johor n hubby anak jati nogori.. aku tinggal kat umah sampai umur 17 tahun, masa masuk universiti baru kuar dr johor n tggl sendiri.. jadinya selama 17 tahun mskn bonda n mskn sendiri cara bonda (umur 13 thn dah blajar2 msk sndiri, sblm tu tolg2 emak jer) jadi santapan.. arwah ayahanda pulak kalau masak apa2 tu ayah x suka letak asam jawa, even msk asam pedas pun ayah x suka emak letak asam jawa byk.. so asam pedas tu jadi mcm gulai pedas.. tapi tu lah asam pedas bonda yg aku kenal n suka sgt.. bila dah keluar dr teratak bonda n tggl sendiri masa belajar barulah jumpa asam2 pedas lain.. so taulah asam pedas ni mmg kene ltk asam byk.. ingat lagi kwn aku A dari melaka ajar msk asam pedas melaka, dia kata asam pedas melaka ni kene tumis bunga lwg, kayu manis & yg seangkatan dan bezanya lagi, bhn tumisannya dicampur dgn sedikit belacan n masa tumis tu letak serai bbrp btg (ikut brp byk msk).. masa tu dah mula la kenal2 ngan asam jawa ni.. n masa dok umah sewa kat luar sesekali tu aku msk la asam pedas untuk mkn ngan housemate (cheh cm sdp jer asm pds aku tu, tapi ok apa hehe).. tapi kalau untuk msk2 sambal yg lain tu aku x gemar letak asam (sbb dah terbiasa kat umh x letak asam).. ok, berbalik cerita masa awal kahwin, masak la nasi lemak kat umah mertua.. msk reramai n aku volunteer msk sambal tumis ikan bilisnya.. aku cuba utk guna cara bonda, lada blend tu diblendkan sekali ngan sedikit bwg (krgkan pedas) n ikan bilis (supaya sambal tu berasa) xlah rasa lada semata cam selalu beli nasi lemak kat luar tu (depa ni x wat cmtu sbb ikan bilis mhl kalau nak letak byk, sbb tu diorang goreng jer skit buat syarat ataupun ltk belacan sbb belacan murah).. mcm biasa aku msk sambal n last2 teruslah letak dlm mangkuk.. tetiba omak tegur "ehhh ko x letak asam ker?".. alamak dgn termalu tapi konpiusnyer aku pun masuk balik sambal tu dlm kuali n letak asam n msk la semula.. lesson baru masa tu, asam tu kene letak.. ingatkan habis disitu jer, aku pun dah lupakan lah peristiwa tu.. selang sebulan dua lepas tu (kalau x silap).. aku p umah makcik ada kenduri makcik n pakcik nak p haji.. masa tgh mkn2 ngan makcik2 sambil borak2 tu, tetiba sorng makcik ni tegur " J, dah pandai masak ker?".. "haritu omak ko ckp ko msk x letak asam", pastu dia gelak punya lah x ingat (seolah-olah cam aku ni mmg x reti msk).. aku pun buat la muka toye jer kata "biasa mak msk mmg x bubuh asam pun".. makcik tu ttp ngan pendiriannya kata, "mana ada, semua sambal kene letak asam msk sambal goreng jer x letak asam".. aku pun mengiyakan n kata lah "skrg dah pandai dah letak asam"... so apa yg aku dapat buat kesimpulan, bagi org nogori ni kalau x letak asam tu kira mcm x pandai masak lah.. kiranya asam tu wajibnya mcm garam kalau x letak kita x jadik.. bengang jugak lah aku ngan makcik tu masa mula2.. (sbb dia leh gelakkan aku dpn makcik lain).. n mcm2 aku pk time tu..

tapi alhamdulillah makin lama aku makin paham n mcm mana aku dulu yg baru 17 thn selalu mkn mskn bonda pun ssh nak lupakan apatah lagi makcik aku tu yg umur dekat 50 tahun (kurang2 30 tahun pengalaman memasak), dah sebati cara msk camtu n mmgkn x pnh jumpa org luar yg cara msknya lain.. so aku terimalah.. sekarang ni bila aku ingat balik incident tu, nak gelak n kelakar rasanya kuikuikui... aku cerita kat emak aku, emak kata mmg org lain biasa msk letak asam (tapi mgkin x la sewajib org nogori), tapi arwah ayah mmg x suka so sbb tu la mak x letak n even asam pds pun x letak asam.. so moral of the story yg aku nak sampaikan ni, sebelum kawin kena biasa2 kan n cuba masakan2 sebelah suami kita.. org kata nak tambat hati suami melalui masakan, hati dia akan terikat selalu kat rumah kalau kita pandai masak (tapi kene ingat pandai masak pada mereka ni bukan lah pandai msk apa saja, tapi pandai masak ikut cara dan selera mereka (kalau boleh cam omak dia)..) mmg lah kita xkan dpt msk sama cam emak dia tapi usahakan lah sikit demi sikit, insyaAllah suami akan hargai usaha kita tu.. mcm2 aku dgr pengalam kakak abg aku yg dah kawin n pengalaman kwn2, ada yg hubby sgt cerewet psl mkn la.. ada yg dah penat2 msk, x kene selera hubby leh komen negetif pastu xmau mkn.. isk penat msk pun x hilang penat mengemas pun x hilang, sayu rasa hati msk sgsrg x di hargai.. ada pulak yg hubby mmg x cerewet langsung msk telur hari2 pun xper, ish yg ni pelik pulak xkan hari2 nak mkn telor kesian lak hubby dia (ni kes wife mls msk lah ni).. ada jugak yg aku dgt hari2 mkn luar sbb isteri x pandai msk.. ish ish ish, macam macam hal.. tapi aku sgt bersyukur hubby aku yg sedang2 ajer.. x la cerewet sgt n x la x cerewet langsung, hehe.. kdg aku tanya dulu abg nak mkn apa, or kdg aku msk jer apa2 yg dia suka.. azam aku akan cuba msk ikut selera hubby n belajar lagi mcm2 cara mskn baru or lebih tepat lagi cara mskn 'ikut selera' hubby.. n yang pastinya makanan sihat.. hmm byk jer nak cerita kalau ckp psl makan n masak ni.. tapi tunggulah next time yer..
hmm this few weeks penuh sungguh akiviti, esk pagi ke penang n lagi 2 minggu ke sarawak.. semua urusan kerja.. hubby kata pas bercuti haritu kene 'back to work!' lah.. ok till now.. Read more...




















