Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

>> Friday, August 21, 2009

kurang 24 jam pintu ramadhan akan dibuka.. sungguh, teruja rasanya aku nak menyambut ramadhan kali ini.. ramadhan ke-3 bersama suami.. walaupun ramadhan pertama kali ini kami berjauhan, namun insyaAllah kami akan berterawikh malam pertama ni bersama di masjid baru alam damai.. cantik masjid tu.. n kami akan bersahur bersama pagi esok.. lepas sahur, lepas solat subuh kami ber-2 akan bersiap untuk bergerak ke destinasi masing-masing.. abang akan hantar aku ke pudu utk naik bas jam 7.30 pagi ke jb n abg akan teruskan perjalan drive ke penang.. mulanya cam sedih jugak x dpt nak berpuasa n berbuka hari pertama bersama, tapi tuntutan tugas dan tanggungjawab lain kene kami dulukan.. then aku akan berpuasa di jb selama 2 hari, pagi2 isnin flight balik kl jam 9.30am bawak firdaus balik kl, anak sedara merangkap anak angkat cu n paksu ;).. sesampai jer ke kl, bersiap pulak drive balik pd.. then esoknya abg akan balik trud ke pd dari penang.. n selasa tu 25th aug '09, anniversary kami yang ke 2.. x plan lagi nak wat apa.. maybe esoknya p berbuka kat mana2.. tgh survey ;)..

harapan ramadhan..

Read more...

change the changes..

last post aku ttg keputusan kami tu, nampaknya telah kami batalkan.. semoga harapan kami untuk semua berjalan dengan baik, tanpa perlu kami mengubah dan melepaskan sesuatu yang baru menjadi milik kami.. mudah2an..

Read more...

reschedule our big plan..

>> Thursday, August 13, 2009


sebenarnya bbrp minggu sebelum ni (mungkin juga berbulan) banyak yg menghantui fikiran kami berdua, biasalah langit tak selamanya cerah kadang2 datang hujan, guruh atau petir yg mewarnai hari2 kita.. namun disebalik segala kejadian alam tu, selepas hujan dan petir pasti ada pelangi indah yg tuhan nak bagi.. begitu juga dgn apa yg kami lalui.. sungguh2 aku bersyukur pada tuhan kerana perancanganNya ini adalah yg sgt2 baik untuk kami.. Dia pertemukan kami penyelesaian waktu kami benar2 memerlukan, disamping penyelesaian atas ujianNya ini, tiba juga nikmat2 yg lebih besar buat kami.. semua ini selepas bbrp kali diskusi (diskusi serious2, biasa2 atau gaduh2 manja ;), kami nekad dgn keputusan kami utk melepaskan 'sesuatu' demi utk kebahagiaan dan ketenangan lain yg lebih besar.. mulanya berat juga hati nak membuat keputusan ni (especially aku, biasalah perempuan kdg2 emosional lebih), namun lepas segala pertimbangan dibuat yess kami nekad.. mudah2an semuanya berjalan dengan baik, seperti yang kami rancang dan harapkan.. semoga selepas semua proses tu selesai, segala mslh yg membelenggu kami sebelum ini selesai dgn sgt2 baik, x sabar rasanya.. n kami akan mulakan hidup baru.. semoga harapan kami hujung tahun ni juga diperkenankan Illahi.. aaaminn...

Read more...

menjelang ramadhan..

>> Friday, August 7, 2009

tinggal lagi 2 minggu dah nak ramadhan, n kalo ikut bulan islam dah cukup 2 tahun hidup berdua dgn hubby.. alhamdulillah.. kali ni ramadhan ketiga kami lalui bersama, antara azam kami nak penuhkan solat terawikh sebaiknya.. thn2 lps kgkdg ada ponteng gak.. tahun lps kami suka p solat kat masjid kajang, coz kat situ ada suasana kmpg n agak meriah.. right after berbuka n solat maghrib kami trus siap utk ke kajang, ikutkan dkt 30 min gak, tapi hubby terbang kat highway tu (biasanya smooth je memalam kat situ) dlm 15-20 min leh sampai.. hmm anniversary ke 2 kami tahun ni bulan puasa, ada plan nak p berbuka kat tmpt special skit.. thn lps blom puasa lagi hari tu n kami stay semalam n dinner kat potgh, sronok. ada ker hubby lagi sronok sbb after check-in ptg tu tgh2 kms brg2 tetiba dgr suara siti norhaliza, tgk2 kat balcony tu rerupanya siti tgh record video clip dia kat tmn potgh tu.. cheh hubby siap dok lama sgsrg kat balcony n x bgtau aku, siap lambai siti lagi.. bangga btol siti lambai dia balik.. ada ke patot dia lambat btau aku, smpt la aku tgk sat je.. cheh (idok la minat sgt pun..;P )

oklah, nak citer psl mcm2 promosi persiapan raya pulak yg aku dah trima sebelum bulan pose g ni.. kwn2 yg promote kuih raya ada, tudung raya ada.. n aku pun apa lagi, dah start promote kek lapis sarawak special utk raya kali ni.. based on fwded sms to kwn2, alhamdulillah sambutan agak menggalakkan. ramai jugak yg bg email add utk aku fwd catalog.. yg berminat nak jadi agent kat off diorang pun ada. cuma order yg dah confirm masih lagi x capai breakeven ngan cost yg aku dah keluarkan utk flight ticket n hotel kat sarawak nanti huhu.. hmm insyaAllah nak pose nanti ada la order tu kot, last order yg aku received 1st week puasa. biasalah org kita ni kan ke suka last minit.. tgh pk kan strategi cmne nak kejar sales lagi ni.. so far ada lebih 10 orang yg jadi dealer, penang n jb pun ada.. sekarang ni order yg aku trima dlm 10-15 pcs seminggu.. hehe boleh la utk permulaan ni.. n aku skrg ni tgh survey market2 biz2 lain yg aku leh wat.. tapi utk sampai raya ni aku akan concerntrate ngan kek lapis.




cornflake madu ni mmg sdp n snng dibuat..

tahun lepas jual kuih raya yg wat sendiri, end up byk gak yg x dpt dipenuhi especially popiah simpul serunding ikan sbb x menang tangan nak buat. popiah simpul nilah yg paling leceh nak buat. sgt la sabarnya dlm satu jam baru 1/6 bekas tu siap n kulit popiah tu sgt la sensitifnya. kalo lama terdedah kat luar dia akan keras n payah la nak simpul. byk jugak la kulit2 popiah yg terbengkalai, tension jugak time tu. ikutkan profit margin popiah simpul ni mmg la tinggi, tapi obstacle lain yg byk cam aku aku citer tadi.. bkn snng nak dpt duit kan hmm.. tu la antara cabaran ngan biz kuih raya tahun lepas. n lagi satu yg sedihnya, sibuk wat kuih raya org kuih raya umh sendiri sempat wat sikit jer. kuih fav hubby (biskut cornflake kurma resipi MIL) pun aku x sempat buat utk dia, cian hubby cam merajuk pun ada.. sorry dear, baru2 nak blajar biz kuih sendiri.. so aku decide tahun nin nak jadi org tgh jer lah, n masa yg ada aku berazam nak wat kuih raya rumah sendiri, bonda kat jb n bonda mertua.. leh la wat byk skit.. anak2 sedara aku ramai, kalau anta kuih sure habis cepat. kdg x sempat tetamu nak makan. kuih fav anak2 sedara yg aku suka buat apa lagi kalo x cornflakes madu. tu mmg sgt la lajunya habis. kdg aku dah buat satu tupperware bsr tu depa leh ngadap depan tv habis terus cheh.. xpe xpe tahun ni, cu buat lebih k.. hmm rindu lak kat diorang semua. yerlah dulu bertahun jugak aku aku dok keje jb bdk2 ni membesar dpn mata, meriah, riuh, bising, bingit, gaduh, nangis, gelak ketawa diorang lah yg kdg2 mentensionkan aku n kdg sgt2 menceriakan hidup aku.. so bila dah dok umh yg sgt sunyi ni kdg teringin nak riuh2, tu yg kdg cuti skolah aku angkuut semua dtg umh hehe.. hopefully syurga kami berdua akan riuh dgn zuriat2 kami nanti.. aaaminnn.. ushh bunyinya cam ramai sgt jer nanti hehe.. kalo ikutkan kalo bole min 3 max 5,tapi apa pun depend rezeki Allah bagi.. mudah2an aku dgr rintihan n doa kami tiap hari.. insyaAllah..


Read more...