life is an open secret..

>> Saturday, July 25, 2009

baru balik dr klcc.. lama sungguh x ke klcc sampai x ingat bila last p.. kami just singgah kat 'little penang cafe' kat 4th floor mkn2 n to kinokuniya.. kat sini mmg tmpt favorite utk mkn mknn penang. tadi hubby makan penang curry mee n aku apa lagi, kuey tiow penang lor. yg paling bestnya cendol ngan abc die mmg yummy sungguh.. pure penang. sejak asik ke penang jer lately dah suke pulak mknn penang. xleh lupa mkn laksa penang kat kepala batas aritu.. ok2 ni just intro. apa yg aku nak share harini ttg buku baru yg aku beli..




the series of 'life is an open secret' by zabrina a.bakar.. its a real inspirational stories from ordinary life experiences.. really impressed me when i first saw and read a bit about this book.. apa yg menarik isu yg ingin dibawa mmg nampak agak berat pada asasnya, namun garapan sis zabrina secara santai dikaitkan dgn something yg sgt dekat dgn hidup kita, membuatkan sesuatu topik tu snng kita nak faham n hayati. aku akan beli series2 yg lain lepas habis baca 'ramadhan special' ni.. dlm ramadhan special ni ada 25 secrets n aku baru baca sampai 4th secret.. really interesting, buat aku rasa nak jadikan ramadhan kali ini the best ramadhan selama 28 tahun hidup aku.. byk rasanya yg kurang dlm penghayatan ramadhan selama ni.. ok that all, once finished i'll write more..

Read more...

hotel istana 2003~2009

>> Monday, July 20, 2009

grand mahkota ballroom, hotel istana kl.. enam tahun dulu, 2006 kami berdua menghadiri malam graduation dinner di sini sebagai bf&gf.. waktu tu meja kami di hujung ballroom, stage pun x brapa nampak sgt masa tu. kami berdua bukanlah a part of graduation nite committe yg agak glamer n meriah di meja mereka di tengah ballroom waktu itu. rasa kecil saja kami ni. malam yg meraikan kami semua unimate sebelum masing2 bertaburan di bumi tuhan mencari rezeki dan memulakan perjalanan hidup selepas berhempas pulas empat tahun belajar untuk mengenggam segulung ijazah (hmm skema x ayat ;).. masih aku ingat masa tu, kami pergi naik bas university, manalah ada kereta nak pergi sendiri (jalan nak ke istana hotel pun xtau). xde apa sgt yg aku ingat ttg malam tu, apa yg aku ingat kami berdua janji pakai baju biru, aku dgn kebaya biru n hubby baju batik biru. majlis mlm tu agak tu meriah dgn mcm2 persembahan dr kwn2, seronok. namun aku agak asing juga dgn function2 di hotel waktu tu (even xla skema sgt dinner tu). maklumlah aku ni bkn org bandar atau dr keluarga berada, x pnh mak ayah bwk mkn hotel manalah mampu. seingat aku waktu tu kali kedua aku dinner di hotel selepas pertama kali di jw marriot kl sempena malam penghargaan kpd peserta2 bakti siswa perdana university anjuran tnb. dalam hati aku berbisik, ini bukan dunia aku...


grand mahkota ballroom hotel istana


namun selepas enam tahun peristiwa tu berlalu, mmg x sangka kami berdua datang lagi ke ballroom yg sama di hotel istana tapi dengan semangat yg cukup berbeza. terimbas kembali memori enam tahun yg lalu. kehadiran kami berdua kali ini jauh berbeza dengan enam tahun dulu. kalau dulu kami dtg naik bas university, kali ni alhamdulillah naik kenderaan sendiri kebanggaan hubby hasil murah rezeki dan kerja keras dlm biz ni bersama2 partner yg hebat selama ini. kalau dulu kami dtg sebagai antara peserta majlis yg duduk jauh dibelakang dewan, tapi kini hubby berdiri seorang di atas stage sebagai speaker yg diberi penghargaan dan penghormatan. even aku duduk paling belakang juga kali ni, tapi bersama barisan commitee2 & leader2 tulang belakang biz kami. kemeriahan majlis ni sungguh dirasakan, dgn kehadiran lebih 800 orang yang memenuhkan grand mahkota ballroom, kehangatan function kali ini mmg hebat pd pandgn aku. ini kali pertama hubby jadi closing speaker di kl selepas 3 kali di luar kl (dua kali di kuching pada apr'09 dan june'09 dan sekali di jb pada hari ibu 19 may'09). lain rasanya kata hubby jadi closing speaker di tempat sendiri. sbb terlalu byk kenangan jatuh bangun journey hubby dgn biz ni di kl sejak lebih tiga tahun dulu. (dah jauh juga kami berjalan disini, namun masih terlalu jauh dan luas lagi lautan yg perlu direnang, badai yg harus ditempuh kerana kami telah nekad untuk teruskan perjuangan dlm bidang perniagaan, kan ke nabi kita pun ada kata '9 per 10 punca rezeki drpd berniaga'). sejak lebih seminggu lepas hubby dah sibuk dgn preparation, 2 hari sebelum tarikh function dah x berapa selera makan. hari function jgn ckp la, pagi mkn sekeping roti bakar pun keluar balik. tghari lunch kat hotel cuma mkn buah tembikai & sedikit kuih bakar (tu pun x abis). nasib baik ada aku yg tolong makan kan hehe. nervous. namun alhamdulillah syukur, semuanya berjalan dgn baik even ada sedikit mslh technical ditgh presentation.

aku agak terharu dgn speech awl hubby atas stage, aku diberi penghargaan sbg isteri yg byk memberi dorongan padanya katanya. ada ke hubby p citer yg aku ada blog the greatest happiness n aku introduce diri sbg 'a wife to a great husband', kat tgh2 org ramai tu (ish blushing rasa :p). hubby kata xkan ada a great husband tanpa a great wife disisi. nak menitik juga air mata ni terharu rasanya (tp dpt cover ;). hubby aku bukanlah seorang yg selalu romantik utk menunjukkan penghargaan depan org (kat rumah biasalah romantik hehe). namun harini aku agak terkejut jugak dgn kenyataannya, thanks dear. bagi aku masing2 ada kelebihan dan kekurangan, kekurangan aku ditampung dgn kelebihan hubby dan begitu juga sebaliknya. nobody perfect in this world. bercakap ttg perfectnya dan hebatnya seorang insan disisi kita, ada sebuah video yg ingin aku share dgn semua (ayu yg bg video ni). video ni mmg cukup touching bagi aku. 'a little imperfections that make them perfect'



berbalik pada cerita sehari hari ni. after selesai function n selepas solat asar di hotel kami terus ke off. ramai partner2 yg ada kat off yg dtg straight dr hotel istana. kami berada di off sehingga lebih kurang jam 9pm after sedikit discussion hubby dgn partner dia. hubby mmg btl2 pnt sbb keluarkan semua energy n suara (dah serak2 dah), even x makan sehari. balik singgah makan n terus balik ke rumah, kami sampai di a.d.a lebih kurang jam 10pm. mmg sgt2 letih. esok ptg kami akan mula nomad semula. ptg ke seremban hal biz hubby, mlm terus balik pd n selasa pagi kami akan gerak ke penang sampai hari kamis. so esok aku akan bz packing n make sure rumah dlm keadaan yg bersih sebelum ditinggalkan hampir seminggu. kali ni kami gerak ke penang ber4 dengan MIL & SIL. omak dah lama teringin nak ke penang umah kwn lama dia. byk kenangan omak kat sana sbb omak sekolah menengah kat penang dulu. omak dah janji ngan kwn lama nak dok umh kwn dia kat kepala batas. ayu adik ipar aku pulak, jadi akan peneman setia emak sdgkan kami dah tempat hotel kat penang. ayu sejak balik dr mesir bulan lepas (cuti before naik 3rd year), asik bz ngan program dia. baru selasa lepas balik dr nz n aus. so kali ni, turn dia kene teman bondanya yg memang tunggu2 nak jln ngan anak bongsu kesygannya ni (yenteleng mak hehe). kami plan nak bwk omak n ayu jenjalan penang after habis keje hubby kamis nanti. travel kami ke penang kali ni pun sbnrnya byk mission. (kalau dah complete mission2 tu baru aku citer pas balik yer). mudah2an dipermudahkan perjalanan kali ni dan segala perancangan berjalan dgn baik. harap kami jumpa apa yg kami cari. insyaAllah.. penang, tungguuuu ;)..

Read more...

selamat hari raya..

>> Friday, July 17, 2009


hehe, nape aku kata slmt hari raya.. sbb aku baru abis pose ;).. n memandangkan harini aku nak sambut raya pagi tadi p breakfast ngan hubby kat dju cafe selera johor.. kami makan ketupat lauk rendang ayam n kuah kacang lagi tu, best2 mmg sedap.. cam hari raya betol jer.. harini mmg beraya btol rasanya coz byk masa2 menarik spent ngan hubby. bukanlah sebb nak beraya pun, kebetulan. since hubby skrg ni tgh sibuk wat preparation speech dia ahad ni, so most of time dia ada kat umah ngadap laptop jadinya bfast, lunch n dinner hubby mamam kat umh..

utk lunch harini aku msk special skit 'nasi beringin'.. xtau la org lain paggil apa nasi ni, tapi mak aku panggil nasi beringin n aku mmg suker sgt la.. nasi beringin ni nasi biasa cuma ditumis dgn bwg merah, bwg putih n halia yg dikisar. ditumis menggunakan marjerin bersama2 juga bbrp helai daun pandan.. dah tumis tu masuk la beras cam msk nasi biasa. n bila dah nak kering taburlah bwg yg dah dipotong dgn sayur campur yg kaler2 tu.. lebih kurang mcm nasi jagung ke apa ke tuh.. n selalunya aku mkn ngan ayam masak merah. kalo rajin wat la acar. or aku lagi suka mkn ngan coselow. n harini aku wat coselow bersama ngan sedikit kerabu mangga.. slalu mkn bila balik jb jer, reramai ada kat umh emak buat la. cam aku kat sini berdua jer mls nak msk nasi2 pelik ni cam x berbaloi jer msk sikit.. memandangkan harini hari jumaat, aku terasa pulak nak bersedekah kat guard2 apmnt kat bwh tu, so jadiklah nak msk nsik beringin n msk la lebih sikit.. ptg hubby hantar la 3 pack nasi beringin utk guard kat bwh apmnt.. alhamdulillah sampai hajat aku..

nasi beringin + ayam msk merah +coselow + kerabu mangga


after solat jumaat, having lunch n wat keje dia sikit.. hubby kuar singgah off jap n balik dkt maghrib.. tadi kami dah set after maghrib nak turun swimming.. b4 ni mmg agak lama jugak kami x mandi berdua kat swimming pool bwh.. awl2 pindah jer, dkt setahun gak x trn sama unless masa sedara mara dtg jer.. last 2 days kami start turun semula.. dua hari lps ptg turun n harini malam.. cam best lak swimming mlm2.. actually kami ni x la teror swimming pun.. just practise2 sihatkan badan.. belajar2 teknik2 swimmg ngan hubby.. hubby pun tgh improve skill2 tu.. rasanya next 3 days after function hubby kembali rajin turun swimming kot.. opss, monday ptg dah start nomad balik sampai la jumaat or maybe sabtu baru balik ada semula..

Read more...

really miss my ada..

>> Wednesday, July 15, 2009

rindu betul kat ada (nama apmnt aku).. kali ni dapat jugak dok lama kat umah at least a week before kluar semula next monday.. harini fasting n hubby teman jugak, tq.. ptg ni plan nak p umh unimate tgk baby dia, baru deliver last week.. mesti tgh habby cik z kita tu.. dulu kami berdua ni slalu share story sama2, especially ttg ke'tekanan dlm usaha nak dpt baby.. dlm kami share2 tips2 n usaha2 n supplement2 yg baik ( n pernah z suggestkan seorang pakar o&g n kami pernah amik consultation ngan dr pakar yg sama-dr tu sgt2 baik) tu aku disahkan prengnant masa bulan 11 tu.. hmm cik z ni cm sedih la coz dia loom lagi, n z kata dia ssh coz hubby keje jauh kat johor dia kat kl.. weekend husband & wife laa ni.. aku bg dia smgt kata semua tu bkn penyebab, kalau tuhan dah nak bagi rezeki sesiapa pun leh dpt even jumpa sekali 2 bulan pun.. andai tuhan kata belum rezeki dia, jumpa hari2 pun belum lagi.. n bila aku miscarriage dulu z byk bg smgt kat aku suruh sabar n very optimis yg aku akan cepat dpt baby semula.. n rezeki menyebelahi z, bila after a month aku miscarriage z pregnant.. alhamdulillah, aku pulak yg sgt happy utk dia.. n skrg z dah deliver baby boy dia.. x sbr aku nak p tgk, insyaallah ptg ni aku p.. before p nak singgah jusco jap beli hadiah baby.. hmm nak beli apa pun x tau lagi ni.. slalu kalo baby baru bg baju, hamper n beg baby.. kali ni nak beli apa lah yg lain sikit yer..



Read more...

hari bapa..

>> Friday, July 10, 2009


fathers day dah berlalu.. tapi terasa nak tulis sesuatu ttg arwah ayahanda.. mei yg lepas ada post utk mothers day..

arwah ayahanda, 'Allahyarham Haji Abd Jalil bin Abd Ghani' kembali kerahmatullah pada 17 august 2002 bersamaan 17 Jamadilakhir 1423H jam 9.05 malam.. diam x diam hampir 9 tahun ayahanda meninggalkan kami sekeluarga.. waktu tu aku 1st sem final year kat uni.. pemergian ayah mmg langsung kami sekeluarga x jangka, sbb ayah x sakit lama.. aku sempat balik jenguk ayah di hospital besar johor bahru n sempat jaga ayah sehari sebelum balik kampus.. masih jelas di ingatan aku masa jaga ayah, waktu tu mak balik umh kejap (sepanjang hampir 2 mggu mmg mak la yg jaga ayah), aku kupaskan anggur n suap kat ayah.. waktu tu ayah dah x bercakap, cuma kejam jer mata n seolah olah xmau pandang muka aku.. bbrp kali ayah ke bilik air, aku papah n temankan.. n berulang kali ayah macam berbisik dlm berkeras nak balik ke rumah, aku pujuk ayah.. aku kata ayah kene teruskan rawatan kat hospital, insyaAllah akan akan sihat betul lepas tu baru boleh balik.. ayah ttp berkeras kata ayah nak balik, ayah nak balik.. sayu sungguh hati aku bila teringat semua tu.. rupa-rupanya mungkin ayah dah dapat rasanya ajalnya hampir tiba, ayah nak pergi dari rumah bukan hospital.. namun, kami semua begitu optimis yg ayah akan kembali sihat dan rawatan harus diteruskan.. masih aku ingat aku jaga ayah hari rabu, esoknya kamis aku balik kampus.. kali terakhir aku jumpa ayah dan salam ayah, tidak langsung terlintas di hati aku, itulah kali terakhir aku berjumpa dgn ayah sewaktu hayatnya.. langsung tidak ada walau sedikit pun rasa tu, sungguh aku tak terfikir.. masih aku ingat, ayah x pandang muka aku waktu tu (mungkin ayah dah tau dan tak sanggup nak tinggalkan anak bonsu dia ni).. sedangkan dulu tiap kali aku akan naik bas untuk balik ke uni, ayah akan peluk dan cium dahi aku selepas aku cium tangan ayah.. masih aku ingat pesanan ayah tiap kali aku balik ke kampus.. segar dan masih basah lagi segala kenangan bersama ayah.. terkilan, bila aku x sempat untuk bahagiakan ayah dan beri ayah rasa rezeki dari aku sbb ayah pergi sebelum sempat aku habis belajar pun.. namun, semua itu takdir illahi.. tuhan lebih menyayangi ayah, tuhan xmau ayah tanggung sakitnya lebih lama.. waktu aku dah balik uni, kalau x silap hari sabtu tu akak aku call n cerita ayah dan ok boleh bangun, akak aku suapkan ayah makan n ayah makan byk.. aku gembira sangat n yakin ayah akan sembuh.. waktu tu kami dah dapat tau yang ayah akan dihantar ke hospital selayang untuk operation kamis depannya.. esoknya ahad, aku terus berhubung dgn abag n kakak di johor.. petang abg kata ayah mcm dah tenat, hampir maghrib abg aku kata 3 org dr dok kat ayah.. aku tak putus berdoa agar Allah selamatkan ayah, aku sayangkan ayah.. terkilan kerana x dapat aku bersama ayah di akhir hayatnya, masih aku ingat dlm kul 9++pm, abg aku telefon dan tanya pada aku 'dah tau berita ker?, aku masih positif n tak fikir apa yg x baik', aku tanya berita apa.. ' ayah dah tak ada..'.. umpama dentuman yg sgt kuat aku dgr bila abg aku cakap macam tu.. berulang kali aku tanya, abg sabarkan aku dan tenangkan aku.. waktu tu aku sorang kat apartment uni, aku berlari ke apartment depan kwn2 aku ada kat situ.. aku semacam meraung dah menangis depan kwn2.. kwn2 peluk dan tenangkan aku.. sungguh aku x dapat terima waktu tu.. abg aku yg tinggal di ampang kol n beritau yg dia akn dtg amik aku n kami akan sama2 balik johor naik bas malam tu jugak.. sepanjang perjalan dr uni ke pudu ke jb.. x henti aku menangis, aku dah hilang rasa malu.. masih ingat lagi tula muka kecil warna kuning, tempat aku lap air mata aku yg x terkira.. dlm bas aku baca yaasin perlahan, terbayang2 wajah ayahanda..

kami sampai ke hentian bas larkin hampir jam 4 pagi, paksu aku amik kami dan hantar ke rumah.. x boleh aku ingat waktu aku sampai, lampu kat rumah terang dan dr luar aku nampak sekujur tubuh ayah yang dah diselimutkan.. sampai saja aku peluk ayah, aku cium ayah.. aku jumpa mak dan meluahkan segala kesedihan kami, kami tenggelam dlm tangisan dan seolah tiada kata yang mampu aku ucapkan lagi waktu tu.. tak sanggup rasanya nak cerita lebih lanjut secara detail, dipendekkan cerita.. jenazah arwah ayah selamat disempurnakan pagi ahad tu dan dikebumikan lebih kurang jam 10am.. yg aku ingat, cuaca agak mendung pagi tu tapi x hujan.. alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan sempurna.. ramai sungguh yang datang melawat di rumah dan mengiring jenazah ke kubur, kenalan keluarga, jiran2 dan saudara mara kabanyakannya dari segamat johor.. bermula malam pertama ayah disemadikan kami buat kenduri arwah dan tahlill selama tiga malam.. pakcik saudara aku yg mmg ada restoran di bdr baru uda, bermurah hati untuk menyiapkan segala jamuan untuk ketiga-tiga hari tahlil.. pak ngan pesan pada mak jgn risau2 ttg kenduri, dia akan hantar semua lauk sebelum maghrib.. alhamdulillah jiran2 pun dtg ramai menyempurnakan tahlil dan menguruskan jamuan selepas usai majlis tahlil.. bbrp hari selepas tu aku kembali semula ke uni meneruskan perjuangan aku di tahun akhir pengajian degree.. berat sungguh rasanya nak tinggalkan bonda, syahdu sungguh bila kepulangan aku kali ni x dapat aku cium tangan ayah lagi.. tuhan lebih menyayangi ayah, itulah pengubat hati aku.. bonda lah yang paling sukar menerima kenyataan pemergian ayah.. yerlah selama lebih kurang 37 tahun hidup bersama, mana mungkin mudah untuk bonda melupakan segala susah senang hidup bersama arwah ayah.. namun kami yakin arwah ayah lebih baik di sana, tuhan xmau ayah lebih menderita dgn sakitnya, di sana lebih baik untuk ayah.. tiap pagi kami ke pusara ayah, masa aku belum pulang ke kampus.. kemudian bbrp minggu slps tu pun bonda dan abg aku tetap setia mengunjungi pusara ayah setiap hari.. kini tiap kali aku pulang ke johor, sebolehnya aku akan ziarah pusara ayah.. bersihkan kubur & sedekahkan ayat suci.. moga roh ayah tenang di sana, dan ditempatkan bersama orang2 yang soleh..

allahyarham ayahanda bersama bonda tercinta & cucu pertama & keduanya.. nurul fatinah & muhammad syahir.. (11 years ago..)

Read more...

bz..

things to do today..
-maybank-collect replacement for my lost card
(ada interesting story hilang wallet last weekend, next post ya.. )
-cimb bank-replacement atm card & payment utk wlm
-jusco-ada nak beli something for my MIL, esk nak balik
-most important! complete all house chores n packing for next nomad for 3 days..

Read more...

keep on trying..

>> Thursday, July 9, 2009

next month, august 2009.. already two years.. alhamdulillah.. dulu aku slalu mengharapkan semoga anniversary kali ni kami akan sambut bertiga, bukan berdua mcm tahun lepas.. x kisah even bertiga tu 1+2.. namun, kami serah segalanya pada tuhan.. mungkin belum rezeki kami lagi.. nak cerita kisah yg berlaku dlm usaha2 sebelum ni mcm2 cerita.. tuhan sebaik baik perancang, Dia akan menentukan dan memberikan sesuatu pd masa yg sgt tepat.. mungkin belum masanya.. baby fz ni nak tggu pindah rumah baru agaknya.. nak tggu bilik dia siap ker, isk manjanya.. dulu aku quite sensitif, skrg ni kurang la sikit.. tapi kalau layan perasaan syahdu mmg la sedih, tapi aku kene kuatkan semangat.. pasti ada hikmah atas segala ketentuanNya.. hmm saja nak cerita skit sebanyak.. dulu dr 1st year kawin aku mmg ada tampal gambar bsr sorg baby yg sgt cute ni kat hall umah.. slalu tengok la, tapi makin tgk makin tens bila belom ada rezki.. dr advise jgn stress sgt n pk sgt, simpan la gambar2 tu.. ikut advise doc aku tmpl dlm 2nd room la, bilik solat so bila solat tu, makin smgt doa tgk gambr cute baby tu.. bila compare dgn kwn yg dapat rezeki awal2 kawin, mmg tersensitif la jugak.. tapi bila aku selalu masuk forum2 mcm kat web biodex & dr hamid arshat, byk share n baca pengalaman2 kawan2 lain yg jauh lebih hebat ujian untuk mereka.. aku jadi kuat smgt.. bila kita bertukar fikiran dan pengalaman dgn org2 yg sama mcm kita, rasa apa yg kita rasa.. terasa tak sendiri lalui semua ujian ni..



mungkin, tuhan byk bagi kami rezeki yg lain dulu sblm bagi rezeki yg satu tu kot.. tuhan tu maha adil, ada benda yg kita dapat tapi org lain x dapat, so adalah jugak benda yg org lain dapat dulu tapi tuhan simpan lewat sikit utk kita.. Allah is the best planner.. semoga tuhan beri aku kekuatan untuk terus sabar, tabah dan redha atas segala ketentuannya juga x lupa selalu bersyukur atas segala nikmatNya.. kdg bila ditimpa ujian, kita slalu ingat susahnya nak lalu ujian tu, sampai kadang kita terlupa disamping satu ujian tu, beribu lagi nikmat lain yang tuhan masih bagi kat kita (even kdg terlalu sikit kita bersyukur..).. ujian itu juga satu rahmat tuhan pada hamba2nya kan.. waktu ditimpa ujian, kita makin dekat denganNya makin khusyuk dan bersungguh doa memohon kekuatan dariNya.. sedangkan waktu dilimpahi beribu nikmat patut kita lebih tunduk syukur pada tuhan.. jadi, ni la semua rahmat dariNya yg x jemu mengingatkan hamba-hambaNya.. ujian tanda kasih sayang Illahi, dan selalu aku ingatkan diri ni 'tuhan takkan beri ujian pada hamba2nya yang x mampu menghadapinya, jadi setiap ujian yg kita terima kita mampu melaluinya.. asalkan kita redha dan berusaha untuk cari kekuatan dalam diri yg sebenarnya Allah dah beri pada kita'..




Read more...

new dealer, new order..

harini, setelkan order 'the original kek lapis sarawak' dr suraya kat off dbkl.. pagi tadi sume kek2 sampai, repack cantik2, labelkan n ready to deliver.. after deliver cakes p umh SIL tgk baby baru kat ampang.. balik p beli brg2 dapur kat bintang (market favorite yg paling dkt ngan umah kami..) rushing, smpi umh kul 6, after solat start operasi msk lauk2 berbuka.. harini ada kwn poser, abg pun pose sama hehe.. tq dd, teman.. harini hubby decide nak mkn simple jek, sambal sardin.. tgh lapar sodap yor.. so menu berbuka harini, sambal sardin 'ikan di dalam ayam di luar' hehe (ayam brand), sayur kubis & carrot, ikan terubok masin goreng ngan cili api & tempoyak tumbuk ngan cili.. air sejuk-cincau, air pns-teh o pandan.. cuci mulut-epal, kuih-samosa daging hehe.. nmpak cm byk, tapi byk jenis tapi sikit2 jer sume tu..hmm sampai dua kali hubby tambah.. mlm after maghrib as usual hubby p off.. kat umh setelkan sume house chores coz esk mula nomad smula.. esk mlm mesti siap kms n packing baju2 coz kami akan keluar semula utk 4 hari.. sabtu pagi ada open day satu college university kat hotel G shah alam, dimana kami nak survey2 utk our next plan.. then ptg ada sport party biz.. then trus balik pd coz the next 3 days hubby operate kat pd, seremban n melaka.. hmmm terajin pulak aku update n memberitakan aktivity seharian aku ni..


sardin ni jer la pilihan aku dr dulu..

Read more...

welcome july.. makin dekat 2010..

>> Wednesday, July 8, 2009


july coming.. hmm apa yg special bulan july ni yer.. bday sesapa yg close xder rasanya.. ok nak story planning n project aku utk bulan july ni.. so far biz 'the original kek lapis sarawak' mendapat sambutan yg agak baik.. sejak hampir 2 bulan aku start ni, so far alhamdulillah la.. biz baru nak mula xleh la expect hebat sgt, n naik biar sikit2 jgn terus naik n melompat dari awan ke awan pastu hujan lebat, haa x dan nak lompat terjunam terus kuikui.. apa2 la yg aku merepek ni.. so far aku dah ada dealer kek lapis kat tnb b, dbkl, n satu kedai telekom-utk market off la.. n dkt umh ni ada satu kedai frozen food yg slalu order.. kat luar kl ada la satu dua sdara mara jadik wakil.. utk project raya ni, dah ada la plan something.. org srwk tu x wat delivery, tapi memandangkan aku serius nak marketkan kek lapis sarawak ni utk raya kat smnanjung ni so aku udah ler menempah tiket flight ke kuching n hotel 3 hari 2 malam kat kuching dekat nak raya nanti utk amik kek lapis yg aku akan tempah before aku dtg nanti.. aku akan amik tempahan dr skrg sampai la paling lewat first week puasa nanti.. satu dua hari ni bz meng'update account kek lapis ngan sort sume surat2, resit2, bil2 n etc yg dah tertunggak dkt sebulan.. bukan apa, bulan june aritu tak lekat kat umah sgt.. rasa paling lama stay kat umh pun tiga hari jer kot.. nomad sana sini.. keje lor.. n lagi satu ganti poser hehehe.. harini puasa, hmm teruja jek tgk mknn masa mskkan bfast hubby tadi.. sib baik pagi ni hubby xmau mkn yg berat2 (cm nasik goreng ke, ns lmk ke pape la), cuma roti telor, hashbrown n buah2an jer n x lupa minuman gantain enertien yg sgt2 la berkhasiatnyer.. yele org pose, tgk hashbrown yg tgh panas n garing tu pun teruja rasanya.. hmm buka ni kene goreng la satu ganti bfast hehe.. kalo sume nak gantai xde maknanya la poser, bfast nak ganti lunch nak ganti.. xderla, apa yg teringin jer ;).. ok ni hubby ajak pi mines jap, pi reflexology kaki dia.. cian pnat drive balik penang x abis lagi..



fried hashbrown.. sedapnyer


cadangan hidangan di hari raya.. (sikitnyer, takot org nak makan hehe..)

Read more...