the story begin..
>> Friday, May 30, 2008
hmmm.. the greatest happiness ni nak cerita la psl life kami berdua (setakat ni berdua lagi).. harini genap la 9 bulan 4 hari kami diijabkabulkan.. sedar x sedar dkt setahun dah hidup berdua.. alhamdulillah kami sgt2 bersyukur dgn nikmat kebahagiaan yg tuhan berikan.. org yg dah kawin taulah cmne bahagianya dpt hidup bersama org tercayang.. susah senang hidup bersama, susah pun rasa ok jer, yg snng lagi lah bahagianya.. n ada org kata lepas kahwin rezeki makin murah.. alhamdulillah, betullah tu.. hmmm oklah, utk first entry ni aku nak story skit (skit2 je la), sejarah bermulanya kisah budak berdua ni heheh..
mula kenal since kat university lagi, masa tu tahun 1999. kenal cmtu2 jek, pjg pulak nak crita kisahnya.. even lain course, sorang engineering sorang accounts; dah ditakdirkan dan tertulis di luh mahfuz kami ditakdirkan berkawan rapat lebih kurang 3 tahun kemudian.. kemudian mcm2 yang berlaku sepanjang per'sahabatan' kami berdua, namun alhamdulillah tanggal 29 january 2006 hubungan kami diikat penuh adat dgn ikatan pertunangan.. dtg la rombongan dr negeri sembilan membawa hajat.. dalam lebih setahun menjadi tunangan org, suka duka dilalui berkat doa berkat sabar menghadapi ujian2nya, doa kami dan niat suci utk bersama dimakbulkan Allah selepas 1 tahun 7 bulan. tarikh 25 ogos 2007 bersamaan , jam 10.18 pagi kami sah menjadi suami isteri.. syukur sangat kehadrat illahi atas limpah rahmatnya permudahkan segala perjalanan majlis. masjid jamek pasir gudang yg sgt cantik tu menjadi saksi termeterainya ikatan ini.. dr dulu aku mmg minat btl ngan suasana masjid ni.. kiri kanan ada tasik buatan, ada taman, ada bukit layang2 yang every year org buat pesta layang2 antarabangsa.. bila mlm dgn lampu2nya, mmg rasa damai jer tgk.. ms bujang2, bbrp kali jugak bwk mak solat terawih kat sini.. sdgkan dr rumah nak pi masjid ni dlm 20 minit gak.. cuma aku suka sgt suasana n kemeriahan masa bulan puasa kat sini.. rupa2nya masjid ni jugaklah tempat kami berdua diijabkabulkan..
maslis nikah pagi, diteruskan dgn majlis bersanding dan kenduri bsr kat umah tghari tu.. alhamdulillah, syukur sungguh semua berjalan dgn lancar.. selang seminggu, majlis sambut menantu dkt rumah pegantin lelaki.. 1hb september 2007, majlis kat port dickson ni pun berjalan lancar.. terima ksih sungguh pada semua tulang belakang di ke 2-2 majlis.. bermulalah cerita the greatest happiness ni... to be continued lah...

