hotel istana 2003~2009

>> Monday, July 20, 2009

grand mahkota ballroom, hotel istana kl.. enam tahun dulu, 2006 kami berdua menghadiri malam graduation dinner di sini sebagai bf&gf.. waktu tu meja kami di hujung ballroom, stage pun x brapa nampak sgt masa tu. kami berdua bukanlah a part of graduation nite committe yg agak glamer n meriah di meja mereka di tengah ballroom waktu itu. rasa kecil saja kami ni. malam yg meraikan kami semua unimate sebelum masing2 bertaburan di bumi tuhan mencari rezeki dan memulakan perjalanan hidup selepas berhempas pulas empat tahun belajar untuk mengenggam segulung ijazah (hmm skema x ayat ;).. masih aku ingat masa tu, kami pergi naik bas university, manalah ada kereta nak pergi sendiri (jalan nak ke istana hotel pun xtau). xde apa sgt yg aku ingat ttg malam tu, apa yg aku ingat kami berdua janji pakai baju biru, aku dgn kebaya biru n hubby baju batik biru. majlis mlm tu agak tu meriah dgn mcm2 persembahan dr kwn2, seronok. namun aku agak asing juga dgn function2 di hotel waktu tu (even xla skema sgt dinner tu). maklumlah aku ni bkn org bandar atau dr keluarga berada, x pnh mak ayah bwk mkn hotel manalah mampu. seingat aku waktu tu kali kedua aku dinner di hotel selepas pertama kali di jw marriot kl sempena malam penghargaan kpd peserta2 bakti siswa perdana university anjuran tnb. dalam hati aku berbisik, ini bukan dunia aku...


grand mahkota ballroom hotel istana


namun selepas enam tahun peristiwa tu berlalu, mmg x sangka kami berdua datang lagi ke ballroom yg sama di hotel istana tapi dengan semangat yg cukup berbeza. terimbas kembali memori enam tahun yg lalu. kehadiran kami berdua kali ini jauh berbeza dengan enam tahun dulu. kalau dulu kami dtg naik bas university, kali ni alhamdulillah naik kenderaan sendiri kebanggaan hubby hasil murah rezeki dan kerja keras dlm biz ni bersama2 partner yg hebat selama ini. kalau dulu kami dtg sebagai antara peserta majlis yg duduk jauh dibelakang dewan, tapi kini hubby berdiri seorang di atas stage sebagai speaker yg diberi penghargaan dan penghormatan. even aku duduk paling belakang juga kali ni, tapi bersama barisan commitee2 & leader2 tulang belakang biz kami. kemeriahan majlis ni sungguh dirasakan, dgn kehadiran lebih 800 orang yang memenuhkan grand mahkota ballroom, kehangatan function kali ini mmg hebat pd pandgn aku. ini kali pertama hubby jadi closing speaker di kl selepas 3 kali di luar kl (dua kali di kuching pada apr'09 dan june'09 dan sekali di jb pada hari ibu 19 may'09). lain rasanya kata hubby jadi closing speaker di tempat sendiri. sbb terlalu byk kenangan jatuh bangun journey hubby dgn biz ni di kl sejak lebih tiga tahun dulu. (dah jauh juga kami berjalan disini, namun masih terlalu jauh dan luas lagi lautan yg perlu direnang, badai yg harus ditempuh kerana kami telah nekad untuk teruskan perjuangan dlm bidang perniagaan, kan ke nabi kita pun ada kata '9 per 10 punca rezeki drpd berniaga'). sejak lebih seminggu lepas hubby dah sibuk dgn preparation, 2 hari sebelum tarikh function dah x berapa selera makan. hari function jgn ckp la, pagi mkn sekeping roti bakar pun keluar balik. tghari lunch kat hotel cuma mkn buah tembikai & sedikit kuih bakar (tu pun x abis). nasib baik ada aku yg tolong makan kan hehe. nervous. namun alhamdulillah syukur, semuanya berjalan dgn baik even ada sedikit mslh technical ditgh presentation.

aku agak terharu dgn speech awl hubby atas stage, aku diberi penghargaan sbg isteri yg byk memberi dorongan padanya katanya. ada ke hubby p citer yg aku ada blog the greatest happiness n aku introduce diri sbg 'a wife to a great husband', kat tgh2 org ramai tu (ish blushing rasa :p). hubby kata xkan ada a great husband tanpa a great wife disisi. nak menitik juga air mata ni terharu rasanya (tp dpt cover ;). hubby aku bukanlah seorang yg selalu romantik utk menunjukkan penghargaan depan org (kat rumah biasalah romantik hehe). namun harini aku agak terkejut jugak dgn kenyataannya, thanks dear. bagi aku masing2 ada kelebihan dan kekurangan, kekurangan aku ditampung dgn kelebihan hubby dan begitu juga sebaliknya. nobody perfect in this world. bercakap ttg perfectnya dan hebatnya seorang insan disisi kita, ada sebuah video yg ingin aku share dgn semua (ayu yg bg video ni). video ni mmg cukup touching bagi aku. 'a little imperfections that make them perfect'



berbalik pada cerita sehari hari ni. after selesai function n selepas solat asar di hotel kami terus ke off. ramai partner2 yg ada kat off yg dtg straight dr hotel istana. kami berada di off sehingga lebih kurang jam 9pm after sedikit discussion hubby dgn partner dia. hubby mmg btl2 pnt sbb keluarkan semua energy n suara (dah serak2 dah), even x makan sehari. balik singgah makan n terus balik ke rumah, kami sampai di a.d.a lebih kurang jam 10pm. mmg sgt2 letih. esok ptg kami akan mula nomad semula. ptg ke seremban hal biz hubby, mlm terus balik pd n selasa pagi kami akan gerak ke penang sampai hari kamis. so esok aku akan bz packing n make sure rumah dlm keadaan yg bersih sebelum ditinggalkan hampir seminggu. kali ni kami gerak ke penang ber4 dengan MIL & SIL. omak dah lama teringin nak ke penang umah kwn lama dia. byk kenangan omak kat sana sbb omak sekolah menengah kat penang dulu. omak dah janji ngan kwn lama nak dok umh kwn dia kat kepala batas. ayu adik ipar aku pulak, jadi akan peneman setia emak sdgkan kami dah tempat hotel kat penang. ayu sejak balik dr mesir bulan lepas (cuti before naik 3rd year), asik bz ngan program dia. baru selasa lepas balik dr nz n aus. so kali ni, turn dia kene teman bondanya yg memang tunggu2 nak jln ngan anak bongsu kesygannya ni (yenteleng mak hehe). kami plan nak bwk omak n ayu jenjalan penang after habis keje hubby kamis nanti. travel kami ke penang kali ni pun sbnrnya byk mission. (kalau dah complete mission2 tu baru aku citer pas balik yer). mudah2an dipermudahkan perjalanan kali ni dan segala perancangan berjalan dgn baik. harap kami jumpa apa yg kami cari. insyaAllah.. penang, tungguuuu ;)..