happy mothers day..
>> Wednesday, May 20, 2009
even dah lambat, tapi mood tu masih ada.. sepatutnya bukan sehari ni ajer kita patut beri penghargaan pada bonda kita kan.. aku nak share video clip istimewa ini untuk sama2 kita hayati.. peringatan buat diriku juga, hargailah ibu kita sementara dia masih ada lagi didunia, sementara kita masih mampu mendengar suaranya, mencium tangannya dan mendengar nasihatnya.. andai bonda telah tiada, hanya doa dan kiriman ayat suci sahaja yang mampu kita sampaikan tanda kasih kita sebagai anak.. suaranya, sentuhannya dan kasih sayangnya sudah terlalu jauh untuk kita gapai.. pasti, kita akan sangat sangat merindui suara kasih bonda..

bondaku Hajjah Rokiah bt Hj.Ting, anakandamu amat menyayangi bonda,
bonda adalah ibu yang terbaik di dunia dan takkan ada galang gantinya..
bonda mertua, Hajjah Hamlah Bt Ibrahim.. terima kasih emak kerana melahirkan dan membesarkan suamiku sehingga menjadi sehebat insan yg amat aku sayang kini..
a tribute to all 'bonda' around the world..

