kuih raya..

>> Friday, September 4, 2009

kali ni aku nak story pasal kuih raya pulak.. mengikut planning, minggu ni aku dah start wat kuih raya, tapi disebabkan mcm2 hal n travel sana sini, baru semalam settle beli barang2 kuih.. kat bangi ada satu kedai bhn2 + brg2 kuih, 'yummie baking & cooking centre' yg aku suka pegi kalo nak beli benda2 cam ni. macam2 benda ada kat situ, dari mcm2 jenis kotak kek, cks cup cakes, tepung kek yg mcm2 jenis n mcm2 lagilah, pendek kata lengkap.. mission smlm, p sana nak beli brg2 utk packaging kek lapis. oh ya utk projek kek lapis sempena hari raya ni, alhamdulillah syukur sgt2 sbb sambutan diluar jangkaan aku sendiri. mulanya sampai naik takut jugak, aku berdoa mudah2an semuanya aku leh manage dgn baik n customer puas hati.. hampir 200pcs order yg aku terima termasuk klang valley, johor n terengganu.. tq pada kengkawan semua.. aku, hubby, bonda n ayu adik ipar aku akan gerak ke kuching selasa dpn ni 08.09/18 ramadhan ~ 10.09/19 ramadhan. hubby suggest soh ajak bonda pegi, bonda pun x pnh sampai srwk. naik flight masa p haji je thn 2000 dulu ngan arwah ayah. bonda akan dtg umh aku hari isnin dr jb.


bahan2 kuih yg dah dibeli


hmm... psl projek kuih raya ni aku ada plan nak wat 4/5 jenis kuih.. bila tgk buku2 resepi tu mcm2 yg best n rasa nak try mcm2.. tapi slagi x start x brani nak berangan.. ikutkan kat kedai yummie tu mcm2 brg nak beli tapi aku thn jer dulu. bhn2 yg dah ada pun x terbuat lagi.. antara planning;

1) popiah simpul serunding ikan

2) almond london

3)cornflakes kurma (fav hubby sejak kecik lagi, resepi omak mertua)

4)carot cheese slice

5)cornflakes madu (wajib every year since single lagi)

6)biskut harmoni (nampak cam best n snng jer buat, try lor)


hehe, tgk list cam bagus jer kalo aku leh wat semua hihi.. tu yg kene cepat start n siapkan coz next week nak setelkan order2 kek lapis pulak..